Khasiat Air Kosong

Khasiat Air Kosong

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makanatau minum untuk tempoh dua jam.

• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. 1. Tekanan darah tinggi – 30 hari 2. Gastrik – 10 hari 3. Diabetes – 30 hari 4. Sembelit – 10 hari 5. Kanser – 180 hari 6. Tibi – 90 hari. Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
sumber:http://www.kpwkm.gov.my/

Posted in Tips | Tagged , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Makanan Seimbang

Makanan seimbang adalah perlu untuk memastikan tubuh mendapat tenaga yang secukupnya dan untuk mengekalkan kesihatan sel sel tubuh badan. Makanan seimbang yang di perlukan ialah:

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air

Posted in keseluruhan | Tagged , , , , , | Leave a comment

Tips diet untuk badan kelihatan menarik

Sekarang jika di lihat di media massa, begitu banyak produk kesihatan untuk melangsingkan badan bagi wanita khususnya yang menjadi perhatian umum. Ramai di kalangan masyarakat kita menganggap bentuk tubuh merupakan sesuatu yang penting dan harus di jaga. Saya setuju dengan pandangan tersebut, kerana impak positifnya boleh dilihat dengan lahirnya masyarakat yang sihat dan bebas dari penyakit obesiti. Namun begitu, tidak semua di kalangan masyarakat kita mampu untuk berbelanja bagi memiliki sesuatu produk yang di jual di pasaran. Kerana ada di antara kita yang mempunyai masalah obesiti tetapi sumber kewangan mereka terhad. Di sini saya ingin berkongsi tips dari kedaimagik, katanya:

Sarapan

Sangat penting. Hakikatnya, aku sendiri tidak bersarapan. Tapi, sarapan adalah makanan yang sangat penting untuk memberikan kau tenaga di pagi hari. Aku kalau lapar pun, hanya bersarapankan Milo sahaja.

Amalkan sarapan bijirin seperti cornflakes dan segelas jus oren. Kurang kalori, tinggi serat. Air oren tu boleh buat cuci perut. Paham-paham lah sendiri kan.

Aku tak galakkan kau orang sarapan nasi lemak ke, roti canai ke, teh tarik. Seminggu sekali boleh lah. Tapi, hakikatnya aku tak galakkan langsung. Kalau boleh, kau lupakan terus.

“Huh, nasi lemak? Apa tu? Adakah sejenis kenderaan?”

Tengahhari

Kalau boleh elakkan atau skip makan tengahhari. Kalau terasa lapar, makan buah-buahan seperti betik, pisang atau tembikai susu. Baik untuk pelawasan. Mudah nak YAK.

Malam

Seelok-eloknya, awalkan makan malam. Sebaik-baiknya pukul 6 dan sebelum pukul 8. Lebih kurang macam waktu kita berbuka. Menunya, nasi [sedikit] + sayur-sayuran [buat sup pun sedap] + ikan [rebus atau kukus]. Jangan mengambil menu yang terlalu berat dan berkalori tinggi.

Supper

Mungkin pada waktu begini, kau akan terasa sedikit lapar kan. Elakkan pengambilan makanan yang berat seperti makan lauk makan malam tadi. Sekeping roti mungkin sudah memadai.

Tambahan

Aku tak pasti akan pengambilan susu. tapi kalau perlu ambil, pastikan yang mengandungi rendah lemak. Pengambilan snek seperti kentang goreng, jajan makanan ringan, minuman berkarbonat dan sebagainya adalah dilarang keras sama sekali. Dan yang paling penting, banyakkan minum air kosong.

p/s: aku pernah mendapat tanda-tanda nak demam, aku pulun air kosong banyak-banyak sampai dalam satu hari tu, aku rasa ada dalam 20 kali aku ke tandas. Esoknya, aku dah cergas semula.

Senaman

Sesuatu yang tak boleh kau abaikan. Sekurang-kurangnya berjalan kaki sejauh 1-2 km sehari sudah memadai. Asalkan berlaku pembakaran lemak di dalam badan. Tak perlulah nak buat sit-up ke lompat kijang ke. Yang penting adalah pengeluaran peluh.

Penutup

Kadang-kadang, lemak di dalam badan kita tu dah tak boleh dibakar. Tapi, kita boleh tukarkan lemak tersebut kepada otot. Maka, bolehlah cuba-cuba pergi gym.

Apabila membaca tips dari beliau, saya rasa ada benarnya juga. dan saya berharap kepada pembaca di luar sana, berkongsilah tips kepada mereka yang memerlukan kerana ilmu yang baik, dapat memberi manafaat pada diri kita juga

Posted in Tips | Tagged , , | Leave a comment

Kesan buruk makanan segera

Makanan segera merupakan makanan yang dapat di beli di mana-mana kedai, yang kandungan nya agak tidak berkhasiat kerana ia mengandungi kandungan nutrisi yang tidak seimbang dan tidak elok. Selalu kita dengar bahawa makanan segera banyak mendatang kan kemudaratan pada diri seseorang, tapi ada juga yang terus mengambil nya sebagai hidangan atau santapan santai. Saya ingin memetik artikel menarik dari sebuah blog promote5.blogspirit.com yang bercakap mengenai kesan buruk makanan segara terhadap kesihatan.

Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap dimakan, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa disedari, ia akan mendedahkan anda sekeluarga kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah .tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.
Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya. Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa.
Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk d i pero1eh . Kunjungi sahaja mana-mana kedai ‘fast food’, pesan makanan yang anda gemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja anda.
Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Nah! Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

Makanan segera banyak aditif
Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Apakah aditif? Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal “E”, seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya.
Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai.
Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan dan rasa nyeri di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan
Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemak-nya yang berlebihan. Ini tidak boleh di sangka1 lagi. Sebagai contoh, sebiji burger boleh mengandungi sebanyak 35% (atau mungkin lebih) lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik (dan segi khasiat) daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu, yang menggalakkan penyakit jantung. di antara 11 dan 16 g lemak.
Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan.
Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula, dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak megandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.
Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memeriukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi permonitoran berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah. serat melegakan sembelit, atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus.
Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama.
Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.

Petikan: Majalah i, Jun 2006

Bagi saya, mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati. Jika kesuntukan masa membuka peluang untuk kita mengabaikan kesihatan kita, bayangkan masa yang akan kita luangkan di atas katil terbaring sakit untuk sedikit masa yang kita luangkan memakan makanan segera. Fikir fikir kan lah

Posted in Kesan Buruk | Leave a comment

Situasi masyarakat kita dari sudut pandangan saya

Assalamualaikum w.t.b

Pemakanan ialah salah satu aktiviti yang wajib dilakukan bagi memenuhi keperluan kehidupan. Sejak dari dahulu sehingga sekarang, kita sering dalam dilema dalam menentukan panduan makanan yang betul dan seimbang untuk kesihatan kita. Saya selalu meluangkn masa bersama masyarakat sekekliling,lepak di gerai mamak , lepak di kedai makanan melayu dan makan bersama family. Jadi saya mempunyai pandangan saya tersendiri mengenai tabiat pemakanan dan cara kita menghadapi situasi pemakanan harian.

Banyak penyakit yang dapat dikaitkan dengan pemakanan, seperti diabetis, tekanan darah, sakit jantung, buah pinggang. Sekiranya kita dapat menjaga selera makan kita kearah yang lebih sihat, pelbagai penyakit dapat di elakkan dan dapat di kurangkan. Semua ini bergantung pada disiplin diri dan kesedaran untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Cara pemakanan kita dapat memberi impak atau kesan terhadap kesihatan anak anak kita dan juga keturunan kita. Jika kita dapat mengawal pemakanan kita maka kita secara tidak langsung memberi pengajaran serta pendidikan kepada anak – anak kita.

Posted in keseluruhan | Tagged , , , , , | Leave a comment

Buah Kiwi

ASAL

Buah kiwi merupakan buah yang tidak asing lagi bagi rakyat malaysia. Tidak ramai yang mengetahui akan khasiat yang terkandung dalam buah kiwi. Sebenarnya buah kiwi asal dari selatan negara china tempat yang dikenali sebagai Yang Tao. Mereka mengelarkan buah kiwi sebagai buah rasmi negara Republik China. Selain negara china, buah kiwi juga terdapat di india, jepun dan siberia. Penanaman buah kiwi meluas dari negara China pada awal abad ke – 20 apabila biji buah tersebut di perkenalkan di New Zealand. Kebanyakan buah kiwi pada masa tersebut di tanam secara domestik sehinggalah pada tahun 1940 an.

KHASIAT

Menurut laman web http://www.zespri.com.my/ms/faq/1006/ salah satu website yang memperkenalkan buah kiwi dalam produk mereka:

Kajian di Universiti Rutgers menunjukkan buah Kiwi adalah buah yang paling padat kandungan nutrien daripada 27 buah-buahan kegemaran ramai. Ini bermakna, anda memperolehi kebih banyak nutrisi dengan buah kiwi berbanding dengan banyak buah-buahan lain. Satu hidangan 2 buah Kiwi mempunyai lebih banyak Vitamin C berbanding dengan 2 biji buah oren, lebih banyak potasium daripada sebatang pisang, dan lebih banyak serat makanan daripada semangkuk bijirin kepingan sekam.

Posted in Buah-buahan | Tagged , , | Leave a comment